'; window.popUpWin.document.write(zhtm); window.popUpWin.document.close(); // Johnny Jackson 4/28/98 } //-->

LATAR BELAKANG

Siapakah Orang Kadazan Itu?

    Orang Kadazan yang juga dikenali sebagai Orang Dusun berjumlah kira-kira 26% daripada jumlah 1,011,046 oarang penduduk Negeri Sabah pada tahun 1998. Mereka dapat ditemui di semua kawasan terutama sekali di daerah-daerah di bahagian Pantai Barat seperti Penampang, Putatan, Papar, Kuala Penyu, Inanam, Menggatal, Tampaluri, Tenghilan dan Tuaran; di Bahagian Pantai Timur seperti Sandakan dan Lahad Datu. Hampir 34% daripada mereka tinggal di kawasan-kawasan luar bandar, desa, perbukitan dan pergunungan.

    Kelompok etnik ini terbahagi kepada beberapa suku. Pada umumnya, mereka dapat dibahagikan kepada 12 kumpulan suku iaitu Kadazan Penampang, Kadazan Putatan, Kadazan Papar, Dusun Tempasuk, Dusun Lotud, Kiau, Rungus, Tegas atau Tagaas, Dusun Ranau, Dusun Tambunan, Tatana dan Dusun Tungku atau Begahak.

Taburan penduduk Kadazan
 
    Suku-suku ini terbahagi pula kepada beberapa suku yang lebih kecil seperti Tuhawon, Liwan, Kimaragang, Tangarah, Bundu, Banggi, Tinagas, Sanayo, Tutung, Lobu, Tambanuo, Sawa, Kuriou, Minokok, Paitan, Mangkahak, Dumpas, Sonsong, Luba, Lingkabau, Garo, Nulon, Gonsom, Gansomon, Sinandapak, Kavananan, Marigang, Tobilung, Nulu, Sensogun dan Talantong.

    Menurut beberapa pendapat, suku Kuijau (salah satu suku yang tergolong dalam golongan suku kaum Murut), Orang Sungai dan suku kaum Idahan (Dusun-Muslim) adalah juga termasuk ke dalam golongan suku kaum Kadazan.
 

 Front page Langenda asal usul keturunan